Tugasan pada minggu ni pula ialah pensyarah kami iaitu Cik Wan meminta kami untuk mencari maklumat mengenai perkakasan komputer beserta gambarnya dan keterangannya sekali.. Opss,, sebelum itu, saya nak beritahu yang kelas GERKO telah berubah iaitu pada hari Isnin dan Selasa jam 10 sampai 11 pagi.. Agak seronok la kerana hari Rabu boleh relax sikit.. Hee~
Dibawah ini adalah tugasan saya :
1) CPU (Central Processing Unit) - Unit Pemprosesan Pusat :
-Salah satu bahagian komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan CPU, tugas pelaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) yang mengawal aliran aturcara dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data. Kebiasaannya, satu koleksi daftar (register) disertakan sekali bagi menyimpan operator (operand) dan hasil proses.
2) Scanner - Alat Pengimbas :
- Peranti yang menukarkan semua teks, lukisan, gambar, objek dan lain-lain bentuk digital. Teknologi sistem pengimejan telah mencetuskan industri imej dokumen elektronik (electronic document imaging) dengan menggabungkan penggunaan pengimbas, kamera digital dan lain-lain.
3) Hard Disc - Cakera Keras :
- Ruang penyimpanan utama setiap data dalam komputer.
4) Monitor
- Memaparkan data pada skrin.
5) Speaker - Pembesar Suara
- Transduser elektroakustik yang menukar isyarat elektrik kepada bunyi. Ia akan menghasilkan gelombang bunyi apabila pembesar suara menolak satu perantaraan menurut denyutan isyarat elektrik.
6) Pen Drive
- Perangkat memori yang dapat mentransfer data dan file secara cepat daripada hard disc sebuah komputer kepada komputer yang lain.
7) Keyboard - Papan Kekunci
- Peranti yang diguna untuk memasukkan data.
8) Printer - Pencetak
- Alat yang menampilkan data dalam bentuk cetakan yang berupa teks maupun gambar/grafik di atas kertas.
9) Mouse - Tetikus
- Mengawal gerakan kursor pada skri paparan.
10) Memory Card
- Berfungsi sebagai tempat ingatan atau pada komputer data. Ukuran pada memori terdiri daripada bit dan bite.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan