Sabtu, 9 Februari 2013

Minggu Keempat...

       Kalau dikira balik, minggu ni Cik Wan telah mengadakan 3 kali kelas.. Pertemuan pertama ialah pada 3/12.. Pada pertemuan ini, kami semua telah membentangkan peralatan ektronik mengikut kumpulan masing-masing.. Tetapi, sebelum membentang, Cik Wan menerangkan dan menunjukkan cara memasukkan gambar ke dalam blog.. Masing-masing mencatat supaya dapat dijadikan rujukan.. Selepas itu, barulah Cik Wan meminta kumpulan pertama membentangkan peralatan elektronik mereka.. Terdapat 3 kumpulan yang membentangkan peralatan elektronik ini.. 2 daripada kumpulan perempuan dan 1 daripada kumpulan lelaki..

KUMPULAN 1 - Ruzatul, Amirah dan Umairah

       Kumpulan ini telah membentangkan model pilihan mereka iaitu dengan membandingkan model telefon bimbit Motorola dan Sony Xperia Arc3.. Mereka memberi penerangan dari pelbagai aspek iaitu :


  1. Pengenalan
  2. Spesifikasi
  3. Model
  4. Perbandingan
  5. Kesimpulan

MOTOROLA                                           SONY XPERIA ARC3




KUMPULAN 2 - Sollehah, Najwa, Zahidah dan Adibah

       Ini adalah kumpulan saya sendiri.. Kumpulan kami memilih kamera digital jenama Canon Powershoot 300 dan kamera biasa untuk dibuat perbandingan.. Ini adalah untuk membktikan bahawa teknologi pada masa kini dan pada masa akan datang semakin canggih dan unik.. 

KAMERA DIGITAL                                 KAMERA BIASA


KUMPULAN 3 - Amru dan Haziq

       Model mereka lebih kurang sama dengan kumpulan saya.. Tetapi mereka menggunakan kamkoder sebagai model untuk pembentangan mereka.. Model mereka ialah Sony HDR-PJ710V dengan Sony HDR-CX700V..

SONY HDR-PJ710V                             SONY HDR-CX7700V


       
      Setelah selesai semua pembentangan, saya berasa sangat lega sangat kerana bab-bab bentang ni memang saya nervous sikit.. Tetapi apa-apa pun saya dapat manfaat daripada semua ni.. Terima Cik Wan dan kawan-kawan semua.. 


Pertemuan Kedua : Rabu, jam 2 hingga 3 petang..(5/12)

       Cik Wan telah mengajar saya dan kawan-kawan cara pemasangan perkakasan komputer pada pertemuan ini.. Terdapat 2 cara pemasangan perkakasan komputer iaitu :

1) CASING ---> Power Supply ---> Mainboard  

Dalam mainboard : 

  1. CPU + Heat Sink + Fan
  2. RAM (Random Access Memory)
  3. Kabel Mainboard
  4. Kabel Monitor

2) MOTHERBOARD

  1. Hard Disc + Kabel IDE/SATA + Kabel Power
  2. CD/DVD Rom + Kabel IDE/SATA + Kabel Power
  3. Floppy Drive + Kabel FDC + Kabel Power
  4. Keyboard
  5. Mouse
 

                                                                              
Video ini telah menerangkan cara-cara pemasangan yang betul.. Jadi, video ini akan menjadi rujukan anda sekiranya ingin mencuba.. Sekian.. (^^,)


Pertemuan Ketiga : Khamis, jam 10 hingga 11 pagi.. (6/12)

       Pada pagi itu, saya dan kawan-kawan telah diajar cara untuk mengenalpasti kerosakan atau lebih dikenali sebagai trouble shooting.. Antara perkakasan dan tanda-tanda kerosakannya ialah :

  1. RAM - motherboard (mengeluarkan bunyi bip sebanyak 2 kali)
  2. HARD DISK - tiada paparan skrin(kosong)
  3. POWER SUPPLY - setelah tekan on,tiada apa-apa respon
  4. KEYBOARD - berkelip-kelip setelah dipasang.
  5. CPU - mengeluarkan bau yang hangit bermaksud sudah terbakar.
  6. MONITOR - tiada paparan skrin (kosong).

       Pada hari tersebut saya bukan shaja belajar mengenal pasti kerosakan malah saya belajar cara-cara untuk meng'install' windows.. 

Komputer : 

Bios : (Skrin biru - tekan Del F9,F10,F12)
Sekiranya hendak setting jujukan, kita haruslah pergi pada CD Rom, Hard Disc, external drive. Di situ, akan terpapar jujukan.. Kemudian tekan mana-mana kekunci.. Proses ini akan memakan masa selama 1 jam.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan