Genap 15 Februari 2013 adalah hari terakhir kelas GERKO kami.. Semasa kelas itu, kami menghantar poster yang telah disiapkan untuk dinilai oleh En. Wan.. Poster itu dibuat menggunakan Adobe Photoshop.. Saya dan kawan-kawan disuruh En. Wan untuk membuat undian bagi menentukan pemenang poster tersebut.. Setelah undian dibuat, En. Wan mengumumkan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga..
Tempat :
Ruzatul Zuhairah Binti Rashidi
Adibah Izzati Binti As'ad
Nurul Amirah Binti Hassan
Selepas itu, saya mengambil ujian amali iaitu menamakan fungsi dan memasang perkakasan komputer dengan betul.. Agak terkial-kial jugalah sebab tidak dapat menjawab dengan betul.. Nasib En. Wan memmberi sedikit klu..
Setelah selesai ujian tersebut, kami bersurai.. (^^,)
Minggu ni saya cuma menyambung semula kerja yang sepatutnya ujian sebelumnya.. Kerja itu adalah mengenai Adobe Photoshop CS3.. Saya dan kawan-kawan tekah disuruh oleh Cik Wan untuk menyiapkan Bunting.. Saya mencuba seboleh mungkin untuk menampakkan Bunting itu lebih kreatif dan menarik setelah diberi penerangan semula oleh Cik Wan.. 1 jam masa yang diberi kepada kami untuk menyiapkan Bunting tersebut.
Selepas itu, Cik Wan memberitahu bahawa ujian GERKO IT telah dimasukkan ke dalam blog beliau.. Kami diminta untuk menjawab soalan tersebut dan menghantar melalui email kepada Cik Wan.. Cik Wan juga tidak lupa memberitahu yang markah akan diambil untuk tugasan mengupdate blog pada setiap minggu ini.. Dan akhir sekali, kami diberitahu kelas GERKO akan tamat pada hari Jumaat..
Selepas itu, Cik Wan memberi pendrive kepada kami supaya mengambil softcopyberkenaan dengan Adobe Photoshop CS3 sebagai rujukan kami sebelum menjawab ujian akhir..
UJIAN AMALI !!! Agak terkejut jugalah sebab tiba-tiba Cik Wan cakap ada ujian.. Tambahan pula, pada masa tu saya memang tak bersedia sangat-sangat lah.. Kami perlu memasang perkakasan dengan betul dan memberitahu nama-nama serta fungsinya sekali.. Nasib baik Cik Wan menolong kami dengan memberikan sedikit klu.. Kalau tidak, tak tahulah apa akan terjadi pada markah saya.. Hee~.. Terima kasih banyak-banyak Cik Wan.. Habis sahaja ujian tersebut, Cik Wan memberitahu yang beliau akan ada lagi ujian bertulis dan ujian amali adobe pada minggu depan..
Sebelum kelas berakhir, Cik Wan sekali lagi memberitahu bahawa kami tidak perlu membuat banner.. Akan tetapi kami perlu membuat poster secara individu menggantikan banner yang dibatalkan itu.. Untuk poster tersebut, Cik Wan suruh memasukkan :
Logo Marsah
Gambar pensyarah (Cik Wan)
Gambar setiap pelajar Gerko IT (Tahfiz Taun 1 sem 2)
Moto setiap pelajar
No. matrik
Cik Wan menawarkan hadiah bagi para pemenang dan kreatif dalam membuat poster tersebut.. Lebih kurang 2 minggu masa yang diberikan kepada kami untuk menyiapkan poster tersebut..
Pada
minggu ini, Cik Wan mengajar dengan lebih mendalam mengenai Adobe Photoshope..
Beliau memberi softcopy design majlis konvokesyen MARSAH untuk dijadikan contoh
pembelajaran saya dan kawan-kawan yang lain.. Kami belajar cara memasukkan
warna, crop, pantulkan warna dan sebagainya.. mempelajari Adobe photoshope agak
menguji kesabaran kerana ia sedikit susah berbanding pembelajaran yang
sebelumnya.. Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar yang diberi oleh Cik Wan, saya dan kawan-kawan sedikit sebanyak telah memudahkan kerja saya..
Oleh kerana masa tidak mencukupi, kelas kami ditangguhkan pada minggu hadapan.. Cik Wan akan menyambung semula penerangan mengenai adobe..
Sebelum pulang, Cik Wan memberi tugasan kepada kami iaitu membuat banner pelajar GERKO (IT) Tahfiz Tahun 1 sem 2.. Sekian..
Pada minggu ini, kelas tidak dapat dijalankan seperti biasa kerana kami sedang cuti mid sem selama seminggu.. Jadi, proses pembelajaran akan dijalankan seperti biasa selepas naik cuti mid sem ini..
Adobe Photoshope adalah tajuk pembelajaran saya pada minggu ini.. Benda yang telah kami belajar ialah fungsi-fungsi yang terdapat dalam Adobe Photoshope.. Saya juga belajar cara untuk menggunakan ikon-ikon yang ada dalam Adobe Photoshope..
Untuk lebih memahami dan mudah mempelajari mengenai Adobe ialah dengan menonton video di bawah :
Pada pertemuan kali ini, iaitu pada hari Rabu, jam 2 hingga 3 petang, saya dan kawan-kawan telah mempelajari cara-cara untuk menginstall Adobe Photoshope ke dalam komputer.. Selepas itu, Cik Wan meminta saya dan kawan-kawan chek setiap komputer yang tiada adobe di dalam makmal tersebut.. Kemudian, Cik Wan memberi CD kepada kami supaya menginstall komputer yang tiada Adobe..
Setelah selesai install, Cik Wan meminta kami supaya membersihkan makmal sementara masa masih banyak.. Saya dan kawan-kawan mwnyapu sampah, susun meja dan kerusi.
Seterusnya, kami diberi tugasan untuk memasukkan video ke dalam blog.. Video tersebut adalah seperti di bawah..
Kalau dikira balik, minggu ni Cik Wan telah mengadakan 3 kali kelas.. Pertemuan pertama ialah pada 3/12.. Pada pertemuan ini, kami semua telah membentangkan peralatan ektronik mengikut kumpulan masing-masing.. Tetapi, sebelum membentang, Cik Wan menerangkan dan menunjukkan cara memasukkan gambar ke dalam blog.. Masing-masing mencatat supaya dapat dijadikan rujukan.. Selepas itu, barulah Cik Wan meminta kumpulan pertama membentangkan peralatan elektronik mereka.. Terdapat 3 kumpulan yang membentangkan peralatan elektronik ini.. 2 daripada kumpulan perempuan dan 1 daripada kumpulan lelaki..
KUMPULAN 1 - Ruzatul, Amirah dan Umairah
Kumpulan ini telah membentangkan model pilihan mereka iaitu dengan membandingkan model telefon bimbit Motorola dan Sony Xperia Arc3.. Mereka memberi penerangan dari pelbagai aspek iaitu :
Pengenalan
Spesifikasi
Model
Perbandingan
Kesimpulan
MOTOROLA SONY XPERIA ARC3
KUMPULAN 2 - Sollehah, Najwa, Zahidah dan Adibah
Ini adalah kumpulan saya sendiri.. Kumpulan kami memilih kamera digital jenama Canon Powershoot 300 dan kamera biasa untuk dibuat perbandingan.. Ini adalah untuk membktikan bahawa teknologi pada masa kini dan pada masa akan datang semakin canggih dan unik..
KAMERA DIGITAL KAMERA BIASA
KUMPULAN 3 - Amru dan Haziq
Model mereka lebih kurang sama dengan kumpulan saya.. Tetapi mereka menggunakan kamkoder sebagai model untuk pembentangan mereka.. Model mereka ialah Sony HDR-PJ710V dengan Sony HDR-CX700V..
SONY HDR-PJ710V SONY HDR-CX7700V
Setelah selesai semua pembentangan, saya berasa sangat lega sangat kerana bab-bab bentang ni memang saya nervous sikit.. Tetapi apa-apa pun saya dapat manfaat daripada semua ni.. Terima Cik Wan dan kawan-kawan semua..
Pertemuan Kedua : Rabu, jam 2 hingga 3 petang..(5/12)
Cik Wan telah mengajar saya dan kawan-kawan cara pemasangan perkakasan komputer pada pertemuan ini.. Terdapat 2 cara pemasangan perkakasan komputer iaitu :
1) CASING ---> Power Supply ---> Mainboard
Dalam mainboard :
CPU + Heat Sink + Fan
RAM (Random Access Memory)
Kabel Mainboard
Kabel Monitor
2) MOTHERBOARD
Hard Disc + Kabel IDE/SATA + Kabel Power
CD/DVD Rom + Kabel IDE/SATA + Kabel Power
Floppy Drive + Kabel FDC + Kabel Power
Keyboard
Mouse
Video ini telah menerangkan cara-cara pemasangan yang betul.. Jadi, video ini akan menjadi rujukan anda sekiranya ingin mencuba.. Sekian.. (^^,)
Pertemuan Ketiga : Khamis, jam 10 hingga 11 pagi.. (6/12)
Pada pagi itu, saya dan kawan-kawan telah diajar cara untuk mengenalpasti kerosakan atau lebih dikenali sebagai trouble shooting.. Antara perkakasan dan tanda-tanda kerosakannya ialah :
RAM - motherboard (mengeluarkan bunyi bip sebanyak 2 kali)
HARD DISK - tiada paparan skrin(kosong)
POWER SUPPLY - setelah tekan on,tiada apa-apa respon
KEYBOARD - berkelip-kelip setelah dipasang.
CPU - mengeluarkan bau yang hangit bermaksud sudah terbakar.
MONITOR - tiada paparan skrin (kosong).
Pada hari tersebut saya bukan shaja belajar mengenal pasti kerosakan malah saya belajar cara-cara untuk meng'install' windows..
Komputer :
Bios : (Skrin biru - tekan Del F9,F10,F12)
Sekiranya hendak setting jujukan, kita haruslah pergi pada CD Rom, Hard Disc, external drive. Di situ, akan terpapar jujukan.. Kemudian tekan mana-mana kekunci.. Proses ini akan memakan masa selama 1 jam..
Tugasan pada minggu ni pula ialah pensyarah kami iaitu Cik Wan meminta kami untuk mencari maklumat mengenai perkakasan komputer beserta gambarnya dan keterangannya sekali.. Opss,, sebelum itu, saya nak beritahu yang kelas GERKO telah berubah iaitu pada hari Isnin dan Selasa jam 10 sampai 11 pagi.. Agak seronok la kerana hari Rabu boleh relax sikit.. Hee~
Dibawah ini adalah tugasan saya :
1) CPU (Central Processing Unit) - Unit Pemprosesan Pusat :
-Salah satu bahagian komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan CPU, tugas pelaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) yang mengawal aliran aturcara dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data. Kebiasaannya, satu koleksi daftar (register) disertakan sekali bagi menyimpan operator (operand) dan hasil proses.
2) Scanner - Alat Pengimbas :
- Peranti yang menukarkan semua teks, lukisan, gambar, objek dan lain-lain bentuk digital. Teknologi sistem pengimejan telah mencetuskan industri imej dokumen elektronik (electronic document imaging) dengan menggabungkan penggunaan pengimbas, kamera digital dan lain-lain.
3) Hard Disc - Cakera Keras :
- Ruang penyimpanan utama setiap data dalam komputer.
4) Monitor
- Memaparkan data pada skrin.
5) Speaker - Pembesar Suara
- Transduser elektroakustik yang menukar isyarat elektrik kepada bunyi. Ia akan menghasilkan gelombang bunyi apabila pembesar suara menolak satu perantaraan menurut denyutan isyarat elektrik.
6) Pen Drive
- Perangkat memori yang dapat mentransfer data dan file secara cepat daripada hard disc sebuah komputer kepada komputer yang lain.
7) Keyboard - Papan Kekunci
- Peranti yang diguna untuk memasukkan data.
8) Printer - Pencetak
- Alat yang menampilkan data dalam bentuk cetakan yang berupa teks maupun gambar/grafik di atas kertas.
9) Mouse - Tetikus
- Mengawal gerakan kursor pada skri paparan.
10) Memory Card
- Berfungsi sebagai tempat ingatan atau pada komputer data. Ukuran pada memori terdiri daripada bit dan bite.
Hai.. Pada minggu ini kelas GERKO kami diadakan pada hari Selasa. Tambahan pula kelas GERKO
mempunyai dua sesi.. Sesi pertama pada pukul 12 tengah hari sampai pukul 1 petang. Manakala, sesi kedua pada pukul 2.30 sampai 3.30 petang. Sepatutnya, pada petang tersebut kami terlibat dengan Tafakuh Ilmi (Pemantapan Ilmu) tetapi disebabkan ianya ditunda maka Cik Wan mengambil peluang tersebut untuk mengadakan kelas.
SESI PERTAMA..
Pada sesi ini, Cik Wan hanya menerangkan mengenai perkakasan komputer.. Apa yang terdapat dalam komputer dan apa yang terdapat di luar komputer.
Perkakasan luar komputer :
1)Monitor : 2) Keyboard :
3) Tetikus :4) DVD :
5) Speaker : 6) Printer :
7) Pendrive : 7) Joystick :
Perkakasan dalam komputer :
1) Mother Board : 2) CD :
3) Hard Disc :
SESI KEDUA
Sesi ini pula Cik Wan menyuruh kami semua update blog pada minggu lepas dan untuk hari ni punya.. Sambil meng'update' blog, Cik Wan meminta alamat blog daripada saya dan kawan-kawan yang lain.. Hurm,, rasanya sampai sini sahaja yang ingin saya ceritakan.. Sekian, wasalam.. ^_^