Sabtu, 1 Disember 2012

Minggu Pertama...

PENGENALAN KOMPUTER !!!



Pada hari Rabu iaitu pada 14 November 2012, ia merupakan hari pertama perjumpaan Gerko (Teknologi Maklumat). Pada hari tersebut, kami semua hanya diperkenalkan dengan asas-asas dan perkara-perkara yang akan kami pelajari pada perjumpaan berikutnya. Dua perkara yang akan kami pelajari iaitu mengenai komputer dan Adobe Photoshope CS3.

1) KOMPUTER..


 Komputer merupakan mesin boleh atur cara yang direka untuk membaca dan melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan operasi aritmetik dan logik berdasarkan angka binari.
 

Jadi, pada hari tersebut, kami dimaklumkan bahawa apa yang baka kami pelajari kelak ialah mengenai perkakasan, perisian, dan cara membaik pulih komputer. Seterusnya, kami juga akan mempelajari cara pemasangan driver dan mengenal pasti punca kerosakan. Selain itu, kami akan didedahkan cara untuk install Window 7 dan software (1. office   2.Adobe Photoshope)
 2) Adobe Photoshope CS3




Adobe Photoshop, atau biasa disebut Photoshop, adalah penyunting grafik yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Adobe Systems yang dikhaskan untuk penyuntingan foto/gambar dan pembuatan kesan gambar. "Photoshop" bermaksud "kedai foto" dalam Bahasa Inggeris. Perisian ini banyak digunakan oleh jurugambar digital dan perusahaan iklan sehingga dianggap sebagai pasaran utama untuk perisian pengolahan gambar, dan, bersama Adobe Acrobat, dianggap sebagai produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh Adobe Systems. Versi kelapan aplikasi ini disebut dengan nama Photoshop CS, versi kesembilan disebut Photoshop CS2 dan seterusnya.
 
Sampai di sini sahaja pembelajaran kami. Tetapi, sebelum kelas tamat, kami diberi dua tugasan iaitu tugasan secara individu dan secara berkumpulan. Tugasan individu ialah kami diminta untuk membuat blog sendiri supaya setiap kali pembelajaran akan diminta untuk update di dalaam blog masing-masing. Manakala tugasan kedua ialah pembentangan mengenai salah satu peralatan elektronik. Antara perkara yang perlu dibentang ialah :
 
1) Pengenalan 
2) Model
3) Spesifikasi
4) Kelebihan dan kekurangan
5) Kesimpulan








Tiada ulasan:

Catat Ulasan